Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 50 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,532 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 43 kes masih menerima rawatan di ICU.
#COVID19 🇲🇾 Terkini 22 April.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 22, 2020
Kes baharu 50
Keseluruhan 5,532
Kes kematian baharu 1 kes
Keseluruhan 93 kes atau 1.68%. pic.twitter.com/VNXSJOteyp
Advertisement
Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 93 kes setakat 22 April 2020.

Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 103 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 3,452. Syabas KKM!
#COVID19 🇲🇾 Terkini 22 April.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 22, 2020
Kes discaj 103
Keseluruhan telah sembuh dan discaj 3,452 atau 62.4% daripada keseluruhan kes. #KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/zzF3z17qXQ
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM