Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 69 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,251 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 51 kes masih menerima rawatan di ICU.
Status terkini #COVID19 di Malaysia, 17 April.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 17, 2020
Kes baharu 69
Kes keseluruhan 5,251
Kes aktif 2,198
ICU 51 termasuk 26 bantuan alat pernafasan.
Kematian baharu 2 kes
Keseluruhan kematian 86 kes atau 1.64%. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/NLv6CuDutD
Advertisement
Dukacita dimaklumkan terdapat 2 lagi kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 86 kes setakat 17 April 2020.

Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 201 menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 2,967. Syabas KKM!
Terkini #COVID19 di Malaysia 17 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 17, 2020
Pesakit sembuh dan discaj terus meningkat.
Terbaharu seramai 2⃣0⃣1⃣ pesakit telah sembuh dan discaj hospital.
Keseluruhan 2⃣,9⃣6⃣7⃣ dengan kadar kesembuhan 56.5%.
Tahniah dan terima kasih. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/L1Kmmlb1CH
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM