Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 3 kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 73 kes setakat 11 April 2020.
Tiga kes kematian tersebut melibatkan mangsa-mangsa:
Advertisement

KKM turut melaporkan penambahan kes baharu sebanyak 184 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 4,530 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 72 kes masih menerima rawatan di ICU dan 38 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
#COVID19Malaysia Status terkini sehingga 12pm, 11 April 2020. pic.twitter.com/4G0sW0DDjI
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 11, 2020
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 165 menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 1,995. Syabas KKM!

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM