Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 69 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,071 setakat 1 Mei 2020.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,758 kes merupakan kes aktif dan 37 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU.
Terkini #COVID19Malaysia 1 Mei.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 1, 2020
Kes positif baharu= 69
Jumlah kes positif= 6,071
Kes sembuh dan discaj= 39
Jumlah kes pesakit sembuh dan discaj= 4,210
Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 37 orang dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Advertisement
Dukacita memaklumkan terdapat satu (1) kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia meningkat kepada 103 kes setakat ini.

Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 39 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,210. Syabas KKM!

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM