
Jam 6.05 petang (waktu tempatan), Presiden Indonesia ketiga Bacharuddin Jusuf Habibie telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau yang dikenali sebagai BJ Habibie meninggal dunia di sisi keluarganya di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto.
Advertisement
Berita pemergiannya disampaikan oleh anak lelakinya, Thareq Kemal. Bekas Presiden itu dimasukkan ke hospital sejak 1 September yang lalu disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathit Mohamad turut merakamkan rasa sedihnya dan mengucapkan takziah melalui akaun twitter-nya.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pulangnya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie. Sesungguhnya pemergiannya satu kehilangan besar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Al Fatihah.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 11, 2019
Habibie menyandang jawatan Presiden Indonesia selepas menggantikan Presiden Suharto bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.
Pada Mac 2018, beliau pernah mendapatkan rawatan di Jerman akibat pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung, paru-paru dan turut mengalami “asphyxia”.
Sumber: Astro Awani