Seorang pencuci Masjidil Haram ditawarkan sejumlah wang bonus oleh pengurusan Masjidil Haram atas kerjanya yang cemerlang.
Walaubagaimanapun, pencuci itu menolak tawaran tersebut. Apa yang dipintanya hanyalah kebenaran untuk menunaikan solat di dalam kawasan Hijr Ismail yang merupakan sebahagian daripada binaan kabaah.
Advertisement
Sesungguhnya, ada perkara yang lebih mulia daripada sejumlah wang. Perkara ini juga diperkatakan oleh Allah swt melalui surah an-Nisaa’ ayat 74 yang berbunyi, mereka yang menjual harta keduniaan semata-mata untuk akhirat.
Semoga Allah swt menjadikan kita sebagai tukang cuci tersebut.
Sumber: Facebook Islamic Reminders