
Kebiasaannya bapa memang yang selalunya sangat sibuk menguruskan keluarga dengan mencari rezeki tidak kira penat dan lelah, namun begitu anda jangan sampai mengabaikan bayi anda. Bayi juga memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya. Tetapi jangan risau kerana anak yang baru lahir dapat merasakan sentuhan kasih sayang dengan beberapa cara ini.
Advertisement
Mendukung bayi anda
Si Bapa haruslah kerap mendukung bayi anda supaya bayi dapat mendengar degupan jantung anda, dan ianya dapat membantu hubungan bayi dengan ayah menjadi lebih erat. Nikmati saat manis ini sambil mencium lembut rambut bayi anda, secara tidak langsung bayi tahu anda turun menyayanginya seperti ibu.
Menepuk bahu
Selepas memberi bayi anda makan, dukung bayi anda sambil bergurau senda dengan si kecil, Tepuklah bahunya agar dia mudah bersendawa dan berasa lega. Hubungan mata antara bayi dengan ayah membantu mengeratkan hubungan rapat anda berdua
Mandikan Bayi
Rajinkan diri untuk menyentuh tubuh si kecil dan memandikannya terutama pada hari cuti. Dengan bermain sambil memeluk dan mengusap tubuhnya ketika menyapu sabun pada bayi, anda dapat membuat hubungan menjadi rapat.
Memberi susu
walaupun baby masih menyusu susu ibu sepenuhnya, boleh saja meminta supaya isteri anda mengepam susunya ke dalam botol. Saat itu gunakan masa yang terluang menyusukan bayi anda, ianya juga dapat meringankan kerja si ibu.
Menidurkan bayi
Disamping penat bekerja, cuba bahagikan sedikit masa untuk bayi anda merasa kasih sayang anda, dukung dan belai manja bayi dan tidurkan bayi anda. jika bayi tidur dengan lena ia bermakna bayi anda selesa berada di samping anda. Ini menunjukkan hubungan anda dengan bayi semakin erat.
Kesibukan dengan pekerjaan bukanlah penghalang untuk anda tidak mendekati bayi anda. Luangkan masa dan belailah bayi anda, kerana ketika itu lah bayi anda perlukan sentuhan kasih sayang dari kedua orang tuanya. Jadilah ibu bapa yang bijak membahagikan masa.
Sumber: Ohsemmama.com