Skip to main content

Advertisement

Berita

Tips Buat Ibu Bapa Untuk Control Rasa Marah Melayan Kerenah Anak-Anak

5 cara mengawal rasa marah ibu bapa dengan kerenah anak

Mesti ada kalangan ibu bapa muda hari ini stres ketika menjaga anak. Ada je benda yang tak kena, tapi cara kita mengajar dan layanan kita menjadi cerminan kepada anak-anak. Di bawah ini terdapat 5 cara untuk mengurus rasa marah dalam diri anda kepada anak-anak.

Advertisement

1. Ibu bapa perlu belajar kawal suara. Kalau selalu sangat suara tinggi dan lantang, mulakan dengan kawal suara dulu. Tapi masih tegas cuma elakkan menjerit. 

2. Jangan kerap membebel kerana jika anda asyik marah dan membebel, lama-lama akan jadi tabiat. Anak pun lama-lama imun dan tak hirau dengan apa yang anda cakap. Sebab itu sekejap saja anak diam dan selepas itu diulang balik apa yang dibuatnya.

3. Cuba bayangkan anda di tempat anak. Kejap-kejap kena marah. Tak ke secara psikologinya anak akan rasa rendah diri dan tak berguna? Padahal sebetulnya anak tak faham pun apa yang dia kena marah, melainkan anda terangkan sebabnya dengan rasa kasih sayang.

4. Nak main sana tak boleh. Nak main sini tak boleh. Anda tak bagi pun alternatif untuk anak buat apa. Dah tak bagi main sana-sini, anda bagilah buku atau mainan untuk dia main di satu tempat.

5. Jangan marah anak lari ke hulu ke hilir kerana anak aktif dan sihat memang begitulah gayanya. Cuba elak marah dan beritahu anak supaya lari berhati-hati atau minta lari di bahagian tertentu sahaja. Anak aktif biarkan tenaganya disalurkan dengan betul.

Dugaan sebagai ibu bapa sememangnya besar kerana bukan mudah mahu kawal suara, kawal marah. Apatah lagi dengan kerenah anak yang tengah membesar. Semuanya amat menguji kesabaran.

Tapi apa yang anda perlu ingat adalah apa yang dilakukan oleh anda pada anak sekarang ini akan ditiru oleh mereka. Jadi anda sebagai ibu bapa yang tentukan corak anak tersebut, ia bermula daripada diri anda sendiri.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda