Skip to main content

Advertisement

Berita

Pelajar Universiti Cepat Kehabisan Wang? Ini Adalah Tips

Mulakan simpanan 

Buat tabung simpanan sendiri untuk kegunaan masa hadapan.

Advertisement

Bagi pelajar yang menerima bantuan pelajaran atau biasiswa, simpan wang lebihan di bank, Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

Rancang perbelanjaan

Mulakan dengan mengenal pasti pendapatan sama ada elaun pemberian ibu bapa atau elaun pinjaman pendidikan. Sekiranya ada di antara anda yang bekerja sambilan, kirakan sekali gaji yang diperoleh.

Setelah mendapat jumlah kumulatif pendapatan, barulah boleh merancang pembahagian perbelanjaan untuk barangan keperluan harian, sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya.

duit-2.png

Lakukan pekerjaan sampingan yang tidak membebankan

Sekiranya berminat untuk mencari kerja atau perniagaan sambilan, pastikan ia boleh dimulakan secara percuma atau memerlukan modal RM100 dan ke bawah. Jika lebih daripada itu, ia tak sesuai untuk mahasiswa.

Seeloknya, cari kerja yang mempunyai potensi untuk dikembangkan pendapatan selepas tamat belajar nanti. 

Ramai pekerja mempunyai masalah kewangan yang berpunca daripada tabiat berbelanja dengan boros kerana tabiat buruk itu sudah bermula sejak zaman remaja di peringkat pelajar. 

Oleh itu, sejak dari zaman muda anda perlu menjaga kewangan betul-betul yang bermula dengan tabiat berbelanja dan menyimpan. 

Jika di usia muda sudah biasa boros, tidak pandai menyimpan maka, tabiat itulah yg bakal dibawa ke alam pekerjaan pada masa hadapan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda