
Foto Hiasan
Advertisement
Kadang-kadang kita rasa apa yang keluar daripada mulut cuma perkara biasa. Bersembang, bergurau dan meluahkan pendapat, semua nampak normal. Tetapi rupa-rupanya ada beberapa karakter dalam cara kita bercakap yang sangat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW. Lebih mengejutkan, perangai ini banyak berlaku dalam kehidupan seharian, termasuk di media sosial!
Jom semak tiga sikap yang wajib kita elakkan kalau tak nak tergolong dalam golongan yang ditegur oleh Rasulullah.
Al-Thartharun (Banyak Cakap Tak Bertapis)
Golongan ini jenis yang semua benda dia nak ulas. Ada saja topik, dialah yang paling depan memberi komen walaupun tak diminta. Cakap tak henti, suka menyampuk dan kadang-kadang bercakap tanpa ilmu.
Masalahnya, terlalu banyak bercakap boleh membawa kepada fitnah, menyakitkan hati orang dan menampakkan diri kita kosong daripada hikmah. Nabi mengajar supaya bercakap bila perlu dan diam bila tiada manfaat.

Foto Hiasan
Al-Mutashaddiqun (Berlagak Paling Pandai)
Pernah jumpa orang yang rasa dialah paling tahu segala benda? Inilah sifat Al-Mutashaddiqun. Mereka suka meninggikan diri, merasakan pendapat sendiri paling betul dan meremehkan pandangan orang lain.
Sikap ini bukan saja menjauhkan kawan, malah menutup pintu ilmu. Dalam Islam, orang yang benar-benar berilmu adalah mereka yang rendah hati dan sentiasa sedia belajar.

Foto Hiasan
Al-Mutafayhiqun (Sombong dan Menghina Ketika Bercakap)
Ini lebih bahaya. Bercakap dengan nada merendahkan orang, menyindir, memperlekeh, seolah-olah dirinya paling mulia. Bahasa jadi tajam, hati orang lain terluka.
Nabi sangat menegah gaya percakapan begini kerana ia memecahbelahkan hubungan dan menanam kebencian dalam masyarakat.
Zaman sekarang, bukan mulut saja bercakap tetapi jari juga ‘berbicara’ di ruangan komen. Tanpa sedar kita mungkin tergolong dalam salah satu karakter di atas. Rasa nak ulas semua isu, nak nampak paling bijak atau membalas dengan nada menyindir.
Pesan Rasulullah mudah tetapi dalam maknanya: bercakaplah yang baik atau diam. Semoga kita semua dijauhkan daripada tiga sifat ini dan digantikan dengan akhlak yang menenangkan orang sekeliling.