Kacey McCallister merupakan seorang mangsa kemalangan jalan raya. Akibatnya, dia telah kehilangan kedua-dua belah kakinya seawal usia 6 tahun.
Walaupun demikian, dia tidak pernah berputus asa. Kacey tetap bangun dan terus aktif dalam bidang sukan. Antara sukan yang aktif disertainya ialah bola jaring berkerusi roda, marathon dan gusti.
Advertisement
Baru-baru ini Kacey memuat naik satu video melalui laman youtubenya. Video tersebut menunjukkan dia menyertai acara marathon lasak Iron Man. Lebih menarik lagi ialah dia menyertai sukan itu bersama-sama orang yang normal.
Video tersebut memaparkan bagaimana kesungguhan lelaki tidak berkaki itu menghabiskan acara sejauh 50 batu. Di pengakhiran, ramai yang memberi sorakan akan kejayannya
Sumber: Siakap Keli