Tidak semua orang boleh gelap mata bila nampak duit di hadapan mata, terutamanya ketika diri benar-benar memerlukan wang. Buktinya seorang tukang sapu di China telah memulangkan wang kertas bernilai hampir 150,000 yuan (RM90,593) yang ditemuinya di dalam tong sampah ketika melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di daerah komersil Haikou, ibu kota wilayah pulau Hainan.
Li Man juga enggan menerima ganjaran kerana menurutnya dia hanya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan. Tukang sapu ini juga mengatakan walau sesusah mana pun, penting untuk kita mempunyai moral yang baik. Dalam kes ini dengan mengembalikan wang yang ditemui.
Advertisement
Selepas menghubungi pengurusnya, Man membawa beg itu ke balai polis tempatan dan pihak polis akhirnya menemui pemilik wang itu, Zhu seorang ahli perniagaan.
Berikutan itu, Zhu telah menawarkan Man ganjaran 20,000 yuan (RM12,079), bersamaan dengan gaji tahunan seorang tukang cuci yang telah ditolak dengan sopan oleh Li Man.
Kredit: South China Morning Post