
Islam menuntut umatnya bersikap sederhana dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga dengan sesuatu majlis perkahwinan ia sepatutnya berlangsung dalam suasana yang sederhana. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad), satu umat pilihan lagi adil, (umat pertengahan) supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia . (al-Baqarah: 143).
Advertisement

Umat pertengahan bermaksud segala pembawaannya tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam akhlak serta amalannya. Berbelanja secara berlebihan adalah suatu yang tidak menggambarkan sifat kesederhanaan dalam tindak tanduk kita sebagai seorang Islam. Di sinilah kita dapat lihat sejauhmana seseorang itu patuh pada saranan al-Quran.


Sumber - Oh! Media