Sumber dari Astro Awani
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat mereka sendiri. Namun tak semua insan di dunia ini mempunyai nasib yang sama dan ada yang mudah dikurniakan zuriat, ad ajuga yang terpaksa melalui liku-liku perit demi mempunyai zuriat sendiri. Seperti yang sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' iaitu Mark Adam yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga bersama Nor Azad Redzuan masih belum lagi dikurniakan anak sehingga kini.
Advertisement
Dan kini dikhabarkan mereka berdua bersedia untuk menerima anak angkat jika itu sememangnya ditakdirkan rezeki untuk mereka dan mereka tidak menolak rezeki yang diberikan oleh Allah. Walau bagaimana pun, pasangan ini masih lagu berusaha dan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri namun segalanya terserah kepada ketentuan Yang Maha Esa.
Mark juga mengakui bahawa dia tidak pernah marah, sedih atau rasa terkilan bila mana ramai yang bertanyakan perihal anak kepada dirinya kerana beliau sedia maklum, menjadi selebriti pasti ramai yang ingin mengetahui hal peribadinya. Untuk makluman anda, khabarnya sebelum ini Mark pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak meneybelahi mereka berdua kerana terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.
Apa pun kami di Zayan mendoakan yang terbaik untuk Mark dan isterinya dan semoga pasangan ini dikurniakan zuriat secepat mungkin hendaknya dan selamat hari lahir juga untuk Mark yang baru menjejaki usia 38 tahun baru-baru ini.
Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my