Toksin antara bahan yang menyebabkan penyakit di dalam badan. Seandainya badan anda mempunyai tanda-tanda ini, mungkin badan anda sedang dipenuhi dengan toksin.
1. Sering rasa letih
Advertisement
Sekiranya anda sering merasa letih walaupun telah mendapat tidur yang cukup, ini adalah tanda nyata dan jelas bahawa badan anda mempunyai banyak toksin. Jadi, sebelum melarat segera lakukan aktiviti yang boleh menyingkirkan toksin di dalam badan.
2. Susah turun berat badan
Seandainya anda sudah melakukan senaman, namun berat badan anda masih tidak berkurang, itu bermakna badan anda mempunyai toksin. Jadi, cepat-cepat lakukan senaman yang boleh membuang toksin di dalam badan.
3. Nafas berbau
Anda sudah menggosok gigi berkali-kali, kunyah gula-gula getah dan melakukan pembersihan oral yang kerap tapi masih berbau? Haa itu antara tanda besar toksin di dalam badan anda.
Sumber: Mind Body Green