Skip to main content

Advertisement

Berita

Taktik Terbaru Scammer! Minta Mangsa Isi Borang Kaji Selidik

Dipetik daripada portal Rojakdaily, seorang pereka grafik berusia 25 tahun telah menjadi mangsa ‘kaji selidik’ di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang.

Mangsa memberitahu, seorang lelaki menghampirinya dan memintanya mengisi sebuah borang kaji selidik. Lelaki terbabit membawanya ke sebuah restoran Jepun dan turut disertai dua lelaki lain.

Advertisement

"Selepas mengisi borang, mereka memperkenalkan diri sebagai perniagaan pengubahan wang haram dan mereka akan beri saya RM20,000 jika saya berikan RM10,000 kepada mereka."

"Apabila saya beritahu tidak mempunyai wang, scammer cadangkan agar saya memohon pinjaman peribadi. Mereka akan menyakiti saya jika saya tidak membayar atau memberitahu sesiapa", ujarnya kepada The Star.

berhati-hati jika di minta isi borang ‘kaji selidik’ di bukit bintang

Mangsa akur dengan ugutan terbabit dan segera ke mesin ATM dan mengeluarkan wang tunai RM5,000.

Sumber: Rojakdaily

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda