
Advertisement
Agak sensitive apabila kita berbicara soal hutang. Namun, kerana hutang ini lah banyak persaudaraan yang terputus, hubungan sesama muslim berantakan.
Walaubagaimanapun, jika tidak diperkatakan pastinya ramai yang tidak tahu akan kepentingan membayar hutang.
Terdapat satu hadis menyatakan sekiranya seseorang itu tidak berniat untuk membayar hutang, maka dia akan dianggap sebagai pencuri.
- Rasulullah SAW juga bersabda:
أيُّما رجلٍ يَدَّينُ دَينًا وهو مجمعٌ أن لا يوفِّيه إيَّاه لقي اللهَ سارِقًا
Maksudnya: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.
Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)
Maka, tiada gunanya jika kita beribadat namun tidak membayar hutang. Sebaiknya, usahalah untuk membayar hutang sedikit demi sedikit.