Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberitahu rakyat Palestin tiada hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah perancangannya bagi merampas dan membangunkan semula wilayah yang digambarkannya sebagai ‘pembangunan hartanah untuk masa depan’.
Menerusi satu temubual bersama Fox News Channel, Trump memberitahu Bret Baier bahawa dia akan memiliki Gaza dan membayangkan sehingga enam penempatan baharu bagi rakyat Palestin di luar Gaza.
Advertisement

Foto: Al-Jazeera
Namun begitu, ia bertentangan dengan kenyataan pegawainya yang sebelum ini mencadangkan bahawa penduduk Gaza hanya akan dipindahkan sementara.
Apabila ditanya sama ada penduduk Gaza akan kembali semula ke tanah air mereka, Trump memberitahu bahawa mereka tidak akan kembali, kerana mereka akan mendapat tempat tinggal yang jauh lebih baik.

Foto: Al-Jazeera
Menurutnya, dia akan membina tempat kekal untuk mereka kerana jika mereka terpaksa kembali sekarang, ia akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum Gaza boleh didiami semula.
Trump turut berkata beliau percaya boleh mencapai perjanjian dengan Jordan dan Mesir untuk menerima rakyat Palestin yang dipindahkan sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat berjanji untuk memberi kedua-dua negara itu berbilion-bilion dolar setiap tahun.
Sumber: Fox News Channel