Skip to main content

Advertisement

Berita

Tahniah! Faye Kusairi Sah Hamil 3 Bulan

tahniah! faye kusairi sah hamil 3 bulan

Selepas beberapa minggu Faye mengalami loya - loya dan kerap kali muntah akhirnya Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan.

Advertisement

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Tombiruo di MBO The Starling, Damansara sebentar tadi.

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” katanya sambil tersenyum.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda