Skip to main content

Advertisement

Berita

Syukur! Hafiz Suip Terharu Ramai Doa Isteri Selepas Berhijab

Penyanyi Hafiz Suip meluahkan rasa gembira apabila melihat isterinya, Nureffy Jesreel bertudung.

Hafiz menerusi posting di akaun Instagram miliknya berkongsi foto terbaharu penampilan isteri kesayangannya.

“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah… Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Amin Ya Rabbal’alamin. Cantik @nureffy,” tulisnya.

Advertisement

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan semoga Effy sentiasa istiqomah walaupun selepas bulan Ramadan.

Hafiz dan Effy mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahya mata lelaki, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

 

Sumber : Boom!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda