Skip to main content

Advertisement

Berita

[VIDEO] “Selagi Tidak Langgar Hukum Hakam, Berbincanglah” – Pesan Syarul Ezani Buat Mereka yang Tersepit Antara Ibu dan Pilihan Hati

[video] “selagi tidak langgar hukum hakam, berbincanglah” – pesan syarul ezani buat mereka yang tersepit antara ibu dan pilihan hati

Isu restu keluarga, khususnya melibatkan ibu dan pasangan, sering menjadi dilema besar dalam kehidupan seseorang. Ketika ditemui di malam gala premiere filem Akad Yang Hilang, pelakon Syarul Ezani tampil berkongsi pandangan matang mengenai situasi yang ramai memilih untuk simpan sendiri.

Advertisement

Ditemui media dalam suasana malam penuh glamor itu, Syarul menegaskan bahawa individu yang berada dalam keadaan tersepit antara ibu dan pilihan hati perlu memahami kedudukan serta tanggungjawab masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan besar.

Menurut Syarul, hubungan antara ibu dan anak mempunyai nilai yang sangat tinggi dan tidak boleh dipandang ringan. Namun dalam masa yang sama, soal jodoh dan perkahwinan juga perlu diurus dengan ilmu dan kebijaksanaan.

“Fahami tanggungjawab kita sebagai anak, faham hukum hakam dan berbincanglah secara terbuka dan jujur,” katanya ringkas tetapi penuh makna.

Tambahnya lagi, komunikasi yang baik mampu mengelakkan salah faham dan luka perasaan yang berpanjangan, terutama apabila melibatkan insan tersayang. Pesanan itu nyata dekat dengan realiti masyarakat, khususnya golongan muda yang sering terperangkap antara perasaan dan kewajipan.

Filem Akad Yang Hilang yang turut dibintangi Syarul Ezani ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Januari 2026 dan mengangkat pelbagai konflik emosi serta nilai kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan sebenar.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda