
Hanya kerana ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang cedera, dia akhirnya terkorban dalam keganasan di sempadan selatan Gaza. Sayu hati apabila melihat ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian sukarelawan tersebut.
Advertisement


Gadis berumur 21 tahun itu dipercayai mati syahid apabila ditembak tepat pada dadanya oleh sniper rejim Zionis Israel ketika beliau sedang memberikan bantuan perubatan kepada mangsa yang cedera di pagar perbatasan Khan Younes, di selatan Jalur Gaza.
Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.“

Pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah memakbulkan doanya untuk gugur syahid ketika berkhidmat di tanah airnya. Ramai beranggapan beliau sudah mati namun hakikatnya darjat beliau diangkat di sisi Allah sebagai seorang syahidah. Sesungguhnya itulah kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa yang masih buta.
Syahid Untukmu, Razan.

Sumber : Oh Bulan