Skip to main content

Advertisement

Berita

Susah Diserang Penyakit Jika Selalu Dapat Pelukan – Kajian

Jika anda risau kerana sering diserang penyakit seperti selsema, batuk dan demam, terdapat kajian dimana anda boleh mengelakkan ia daripada berlaku, iaitu dengan memeluk seseorang.

susah diserang penyakit jika selalu dapat pelukan – kajian

Sheldon Cohen, seorang professor dari Carnegie Mellon University merumuskan bahawa tekanan dalaman mampu merendahkan daya ketahanan diri seseorang daripada serangan penyakit.

Advertisement

Menggunakan 404 responden, Cohen dan rakan penyelidiknya melakukan ujian dimana sekumpulan daripada mereka akan dipeluk dan selebihnya tidak dipeluk.

Selang 2 minggu, kumpulan yang dipeluk tidak diserang penyakit, sebaliknya kumpulan satu lagi mengalami simptom penyakit seperti demam dan selesema.

susah diserang penyakit jika selalu dapat pelukan – kajian

Cohen juga merumuskan bahawa dengan memeluk seseorang, ia mampu merendahkan rasa tekanan, seterusnya meningkatkan daya tahan seseorang.

Sumber: Today

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda