Skip to main content

Advertisement

Berita

Sunnah di Meja Makan: Rasulullah SAW Tak Pernah Mencela Makanan

sunnah di meja makan: rasulullah saw tak pernah mencela makanan

Foto Hiasan

Advertisement

Dalam dunia yang serba mewah dan pantas hari ini, ramai antara kita mudah mengeluh tentang makanan. Semuanya terlalu masin, kurang sedap atau tidak menepati selera. Namun, satu kisah yang tular di media sosial baru-baru ini menjadi peringatan halus tetapi mendalam tentang adab Rasulullah SAW terhadap makanan dan pentingnya mensyukuri setiap rezeki.

Seorang pengguna media sosial berkongsi bahawa sejak mengetahui Rasulullah SAW tidak pernah mengkritik makanan, beliau berazam untuk mengamalkan sikap yang sama.

sunnah di meja makan: rasulullah saw tak pernah mencela makanan

Foto: X

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari (5409), diriwayatkan:

“Nabi S.A.W. tidak pernah mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, Baginda memakannya; dan jika Baginda tidak menyukainya, Baginda meninggalkannya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan betapa tinggi adab Rasulullah SAW terhadap nikmat rezeki. Baginda tidak pernah mencaci masakan, tidak kira siapa yang menyediakannya. Jika Baginda tidak berkenan, Baginda hanya diam.

Dalam perkongsian sama, penulis menyedari bahawa masih ramai di dunia ini tidak mampu menikmati walau sebutir nasi atau sepotong roti. Menyedari hakikat itu menjadikan setiap suapan makanan sebagai nikmat yang tidak ternilai.

Ungkapan “Alhamdulillah” menjadi tanda syukur bahawa kita masih mampu duduk di meja makan, menikmati rezeki yang mungkin tidak sempurna, tetapi tetap mencukupi.

Satu lagi pengguna berkongsi kisah menyayat hati tentang adiknya yang sekian lama bergantung kepada tiub untuk makan.

Katanya, “Aku letakkan salap bibir berperisa di bibirnya agar dia masih dapat merasa apa itu ‘rasa’.”

sunnah di meja makan: rasulullah saw tak pernah mencela makanan

Foto Hiasan

Daripada kisah ini kita belajar bahawa pahit, manis, masin atau hambar, semuanya tetap satu nikmat. Betapa beruntungnya kita yang masih boleh merasa, mengunyah dan menikmati makanan setiap hari.

Dalam setiap suapan, ada rezeki yang telah ditentukan Allah. Maka, sebelum kita mengeluh atau mengkritik rasa makanan, ingatlah sunnah Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya Allah reda kepada hamba-Nya yang makan sesuatu makanan lalu dia memuji Allah atasnya, atau minum sesuatu minuman lalu dia memuji Allah atasnya.”

(Riwayat Muslim)

Sumber: X

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda