Skip to main content

Advertisement

Berita

Suhu Tanah Suci Mencapai 50 Darjah Celcius, Semua Jemaah Dinasihatkan Minum Air Lebih Banyak

suhu tanah suci mencapai 50 darjah celcius, semua jemaah dinasihatkan minum air lebih banyak

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberitahu, suhu Tanah Suci berkemungkinan mencecah 50 darjah Celcius ketika musim haji tahun ini.

Advertisement

Dengan suhu tersebut, perkara ini bakal menjadi satu cabaran buat para jemaah dari Malaysia untuk berdepan dengan cuaca yang panas.

Oleh itu, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahmat memberi nasihat kepada jemaah haji agar lebih menjaga kesihatan dengan minum air yang banyak.

"Selain minum air, saya nasihat mereka jangan terlalu dedah di bawah cuaca panas bagi mengelakkan berlaku strok haba dan badan mengalami kekurangan air," katanya seperti dilapor portal berita Utusan Malaysia pada Khamis.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda