Menjelang tahun 2021, kebanyakkan produk berasaskan plastik akan diharamkan di negara-negara Eropah.
Cadangan berkenaan secara amnya adalah bertujuan untuk mengurangkan pencemaran laut selain ingin memaksimakan penggunaan botol kitar semula sebanyak 90%.
Advertisement
Antara barang yang akan diharamkan penggunaanya di Eropah adalah seperti sudu dan pinggan plastik, putik kapas, serta pukat. Barang-barang ini akan digantikan dengan alternatif lain yang lebih mesra alam dan tidak merbahayakan.
![]()

Cadangan berkenaan mendapat undian majoriti European Parliament.
Sehingga kini, dilaporkan lebih 150 juta tan plastik ditemui dalam laut, dimana ia menjejaskan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang.
Sumber: Metro
