Skip to main content

Advertisement

Berita

Pelaksanaan Solat Tarawih 20 Rakaat di Pahang - Mufti Pahang

pelaksanaan solat tarawih 20 rakaat di pahang - mufti pahang

Penetapan solat tarawih di seluruh negeri Pahang ditetapkan 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau pada Ramadan nanti.

Advertisement

Perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Menurutnya, ketetapan itu telah diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“​​Kesempurnaan solat tarawih afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan Imam Syafie.

"Hal yang sama dikatakan Saidina Umar Ibn Al –Khattab sebagaimana dalam Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Aal-Muzanni Jilid kedua muka surat 290 menceritakan bahawa penduduk Makkah mendirikannya 20 rakaat serta witir," jelasnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Dalam pada itu, Dr Asmadi menjelaskan bahawa pihak masjid dan surau bagaimanapun boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran.

Menurutnya lagi, menunaikan solat tarawih berjemaah lebih afdal.

Sumber: FB Jabatan Mufti Negeri Pahang

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda