Skip to main content

Advertisement

Berita

Semua Masjid Disaran Mengadakan Solat Sunat Istisqa (Meminta Hujan) Jumaat Ini

semua masjid disaran mengadakan solat sunat istisqa (meminta hujan) jumaat ini

Bencana jerebu yang melanda negara telah menyebabkan banyak sekolah ditutup. Sehingga hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih lagi berada pada tahap sangat tidak sihat di beberapa tempat.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Daruk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyeru kepada umat Islam untuk menunaikan solat sunat Istisqa selepas sembahyang Jumaat.

“Saya menyeru semua masjid mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Semoga Allah memelihara negara ini daripada jerebu serta bencana yang tidak diingini," katanya.

Sehingga hari ini, beberapa negeri di Semenanjung dan Timur Malaysia menunkkan peningkatan pada bacaan IPU. Jika sebelum ini berada pada tahap sederhana namun sudah ada beberapa tempat yang mencapai tahap tidak sihat iaitu 200.

Ekoran bencana ini juga, sebanyak 1,484 sekolah di tujuh buah negeri telah diarahkan tutup mulai hari ini.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda