Skip to main content

Advertisement

Berita

Solat Hajat Untuk Palestin Kerjasama ZAYAN dan ERA

ARTIKEL-18.png

Majlis solat Hajat yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur mendapat sambutan hasil kerjasama Radio ZAYAN dan ERA.  

Advertisement

Majlis ini turut dihadiri oleh personaliti Radio ZAYAN dan ERA iaitu ; Faizal Ismail (FBI), Mawi, Anas Tahir, Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin.  

1.png

Majlis solat Hajat ini diadakan bagi mendoakan saudara Palestin kita yang sedang berjuang bagi mempertahankan tanah mereka.  

Ketika majlis itu juga, Mawi, turut berkongsi pengalamannya yang pernah ke tanah haram isr4el ; tentang kehidupan orang islam di sana dan perbezaan masjid dan gereja di sana.  

Turut memberi perkongsian, Nabil Ahmad, yang membicarakan kepada jemaah yang hadir tentang kemurnian Islam dan kisah hidupnya ; jalan dakwahnya (Tabligh) dan kerjayanya (Selebriti).  

Majlis yang diadakan semalam (12 Oktober) dihadiri oleh mereka yang berdekatan dan semua dengan niat yang sama iaitu mendoakan saudara kita di Palestin.  

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda