
Solat merupakan kewajipan dan tiang agama bagi kita sebagai penganut yang beragama islam. Tetapi khusyuk ke kita dalam solat? Terdapat 6 syarat untuk memperolehi solat yang khusyuk menurut Habib Umar bin Hafidz.
Advertisement
1. Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam solat dan ketika melakukan pegerakan (perbuatan)
2. Harus memahami semua makna-makna yang kita baca di dalam solat
3. Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. iaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t.
4. Mesti berasa haibah iaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan perasaan ta’zim dan haibah
5. Raja’ iaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima solat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.
6. Haya’ iaitu meletakkan perasaan malu terhadap Allah s.w.t. dan mesti merasakan kekurangan pada diri kita di sisi Allah s.w.t.
Orang yang berhati kusyuk dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang kusyuk di dalam dan di luar solatnya. Kesempurnaan kusyuk dalam solat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan kepada Allah s.w.t.
Syedina Umar Al Khatab (r.a.) berkata bahawa ada ramai orang Islam yang solat dari umur kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun satu solatnya.
Untuk mendapatkan solat yang kusyuk, Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca doa ini:
A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim
Ertinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang tua daripada bahaya syaitan yang terkutuk.
(Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi terjemahan Syed Ahmad Semait)
Dan ketika hendak memulakan solat membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)
Semoga bermanfaat untuk semua agar kita dapat menjalankan kewajipan ini dengan ikhlas dan khusyuk, inshaAllah.
Sumber - Pencinta Rasulullah(saw)