Skip to main content

Advertisement

Berita

Skuad Boling Wanita Negara Rangkul Emas Dunia Di Las Vegas

skuad boling wanita negara rangkul emas dunia di las vegas

Baru-baru ini, skuad boling wanita negara mengakhiri penantian 10 tahun apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, hari ini.

Advertisement

Malaysia yang diketuai pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan menewaskan Singapura di saingan final dengan keputusan 214-209, 188-177.

Ianya adalah pingat ketiga keseluruhan buat Malaysia dalam kejohanan kali ini, selepas memenangi pingat perak dalam acara beregu wanita (Shalin dan Li Jane) serta All Event wanita (Siti Safiyah), pada minggu lalu.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas berpasukan dalam kejohanan ini adalah pada tahun 2007 di Monterrey, Mexico dan sebelum itu pada 2003 di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih boling negara, Holloway Cheah mengatakan "Kami kekal fokus dan kekal untuk mencapai sasaran kami. Ia adalah bagus kerana keyakinan pasukan sangat tinggi."

Kali terakhir Malaysia menaiki podium dalam acara ini adalah pada 2013 di Henderson, Nevada apabila Shalin, Siti Safiyah, Jacqueline Sijore, Esther Cheah, Li Jane dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraih gangsa.

Sumber - BH Online

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda