Skip to main content

Advertisement

Berita

Siswazah USIM Dari Palestin, Syahid Sekeluarga

Pasangan suami isteri, yang merupakan siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan empat anak mereka semuanya syahid dalam serangan bom rejim Zionis yang berlaku pada Ahad lalu di Gaza, Palestin.  

1.png

Mohammed J. H. Alzaanin, Calon Doktor Falsafah dalam Pengurusan Sumber Manusia  dan pasangannya Kholoud M. H Elzaneen, seorang pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan) di Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban bersama lebih 20 ahli keluarganya selepas perkampungan mereka di Bait Hanon dibom pada kira-kira 8 pagi.  

Advertisement

Ammar H M Mahariq, Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, juga mengesahkan perkara itu.  

 “USIM melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu. 

“Salam takziah daripada seluruh warga USIM. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” menurut satu kenyataan USIM. 

Hanya seorang anak pasangan siswazah dilaporkan terselamat, menurut USIM.  

 “Mohammed J. H. Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai yang lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini,” katanya. 

Ratusan orang telah terbunuh dalam pertempuran terkini di Palestin yang bermula pada 7 Oktober dan melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel.  

Sumber ALHIJRAH ONLINE 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda