“Beliau mungkin ulama Islam paling ‘antarabangsa’ yang ada dalam zaman moden ini; mungkin yang paling berpengaruh kerana beliau tidak mengehadkan ajarannya kepada bahagian Islam yang tertentu,” kata koresponden kanan Al Jazeera English, Jamal Elshayyal.
Al-Jazeera merupakan stesen televisyen di Qatar yang banyak membantu menaikkan nama Yusuf. Beliau pernah mengacarakan rancangan TV popular di Al Jazeera Arab bertajuk Shariah and Life.
Advertisement
Dalam rancangan tersebut, Yusuf akan menerima panggilan dari penonton dari seluruh dunia dan memberikan fatwa berkenaan pelbagai perkara, dari hal ehwal politik sehingga urusan kehidupan seharian.

Yusuf terkenal kerana fatwanya sering disesuaikan dengan kehidupan moden. Untuk ini, beliau dikenali sebagai ulama Islam yang moderat dalam kalangan penganut agama Islam.