Aktivis AS Shaun King mendedahkan pada hari Isnin bahawa akaun Instagramnya telah digantung kerana pendiriannya yang pro-Palestin. King meluahkan kekecewaan terhadap tidakan itu melalui akaun Wissamgaza.

Meta, syarikat yang mengelola Instagram, tidak menjelaskan sebab mengalih keluar akaun King. Banyak kandungan Palestin dan pro-Palestin menghadapi penapisan media sosial, terutamanya sejak serangan Israel pada Oktober di Gaza, mengakibatkan beribu-ribu korban dan pemindahan.
Advertisement
Beberapa halaman media sosial yang menyediakan maklumat penting Gaza dan Tebing Barat telah dipadamkan atau digantung buat sementara waktu.
Selain itu, pengguna yang menyiarkan kandungan pro-Palestin melaporkan kejadian "shadow ban" menyekat atau mengehadkan kandungan tanpa pemberitahuan.
Ajri Roslan | ZAYAN