
Pelakon yang sinonim dengan lawak dan aksi bersahaja, Shamsul Ghau Ghau bersyukur apabila beliau telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Advertisement
Pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini berkongsi kad tauliah kategori D3 itu pada akaun instagramnya. Kategori tersebut merupakan tauliah dan kebenaran kepadanya untuk mengajar Al-Quran sekitar Selangor.
Kini beliau selesa dipanggil Pak Su, penghibur ini juga berkata dengan tauliahan tersebut membuktikan bahawa Al-Quran boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Sumber; Astro Awani