Skip to main content

Advertisement

Berita

Setiap Malam Tukang Cuci OT Di Surau

setiap malam tukang cuci ot di surau

 

Advertisement

Setiap kali masuk OT waktu malam (oncall), akan ada hamba Allah ni di surau OT kami. Namanya Shafiqur, asal dari Bangladesh. Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar2 baju yang dah terpakai, topup barang-barang dalam OT nih.

.

Selalunya, dia akan ambil masa beberapa minit pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

.

Mula-mula aku agak segan nak tegur dia.. Aku selalu tertunduk malu. Yelah, kita bukak Quran pun jarang-jarang.

.

Then satu hari aku tanya,

.

"Shafiqur, u setiap hari baca al-Quran berapa banyak? I tengok u setiap hari ada dalam surau ni antara Maghrib & Isya.."

.

"Saya tada baca banyak pun abang. Saya baca satu juzu' saja. Nanti dalam sebulan saya boleh khatam Quran, abang."

.

"Macam mana u boleh jaga al-Quran Shafiqur.. Saya malu sama u.." aku segan.

.

"Abang, u baca Quran bukan sebab bila u ada masalah sama ini hati (sambil tangannya tunjuk kat dada), tapi sebab u baca al-Quran lah nanti u punya masalah semua hilang abang. Hati u misti banyak tenang nanti.. U jaga Allah, nanti Allah jaga u."

.

Shafiqur, mungkin kau tak dikenali di dunia. Tapi kau terkenal di langit sana oleh para malaikat.

.

Doktor, arkitek, engineer, businessman.. Semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjaminkan apa2 untuk kita bawa ke hari akhirat.

.

Kemungkinan banyaknya masalah yang berlaku pada diri kita, keluarga hatta negara; semuanya dek kerana kita jarang membuka dan mentadabbur kitab suci ini. Lantas kita tidak tahu cara-cara untuk mentadbir kehidupan berpandukan ajaran Tuhan.

 

Doakan kami juga jadi sepertimu.

 

Dan semoga Allah memelihara negara kita yang tercinta ini.

 

Kredit : Imran Kasran

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda