Foto: Threads
Tidak ramai yang tahu bahawa serban besar yang sering dilihat dipakai Sultan Muhammad al-Fateh sebenarnya diperbuat daripada kain kafannya sendiri. Beliau memilih untuk membawanya setiap masa sebagai peringatan tentang kematian dan rasa tawaduk sepanjang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.
Advertisement
Pemimpin Muda Dengan Kejayaan Besar
Sultan Muhammad al-Fateh dikenang sebagai salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam sejarah Islam. Pada usia hanya 21 tahun, beliau berjaya menawan kembali Constantinople, sebuah peristiwa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w ratusan tahun sebelumnya bahawa kota itu pasti dibebaskan oleh sebaik-baik pemimpin dan tentera.
Terbuktilah Sabda Rasulullah S.A.W
Selepas lebih 800 tahun sabda tersebut diungkapkan, kemenangan Islam akhirnya berlaku di bawah pimpinan Muhammad al-Fateh. Kejayaan ini bukan sekadar strategi ketenteraan, malah mencerminkan keimanan dan disiplin yang tinggi dalam kalangan tenteranya.
Ujian Memilih Imam Solat Jumaat Pertama
Sebaik kota itu jatuh ke tangan Islam, solat Jumaat pertama ingin didirikan. Namun muncul persoalan siapa yang layak menjadi imam. Untuk menentukannya, Sultan Muhammad al-Fateh meminta tenteranya berdiri sebelum bertanya beberapa soalan penting tentang amalan solat mereka sejak baligh.
Soalan Yang Menguji Keikhlasan
Soalan pertama menyentuh tentang solat fardu. Tiada sesiapa duduk kerana semua menunaikannya tanpa gagal. Soalan kedua berkaitan solat sunat rawatib, dan sebahagian tenteranya mula duduk. Soalan terakhir menyentuh solat fardu, rawatib dan solat malam tanpa pernah tinggal walau sekali. Pada saat ini, hanya seorang yang masih berdiri, iaitu Sultan Muhammad al-Fateh sendiri.
Bukit Kepimpinannya Yang Sebenar
Jawapan itu menjadi bukti betapa Baginda bukan sahaja pemimpin hebat di medan perang, tetapi juga seorang yang sangat menjaga ibadahnya. Ketakwaannya mengesahkan kebenaran sabda Rasulullah bahawa beliau adalah sebaik-baik pemimpin bagi pembebasan Constantinople.
Wasiat Baginda Di Masjid al-Fatih
Makam Muhammad al-Fateh kini berada di Masjid al-Fatih. Pada pintu masjid tersebut terdapat wasiatnya yang menetapkan beberapa amalan berterusan. Wasiat itu termasuk tugasan membaca al-Quran setiap pagi Jumaat, mengkhatamkan al-Quran pada waktu Subuh, membaca tujuh puluh ribu kalimah tauhid serta selawat kepada Rasulullah setiap hari.
Sumber: Threads