Skip to main content

Advertisement

Berita

Serangan Ular Cetus Panik Di Israel, Penduduk Dakwa Reptilia Keluar Dari Tanah Setiap Hari

serangan ular cetus panik di israel, penduduk dakwa reptilia keluar dari tanah setiap hariFoto sekadar hiasan

Penduduk di kawasan Moran Street, Tiberias, Israel kini hidup dalam ketakutan selepas dilaporkan berlaku peningkatan luar biasa serangan ular di kawasan perumahan mereka sejak beberapa minggu lalu.

Advertisement

Menurut laporan tempatan, reptilia itu bukan sahaja ditemui di luar rumah, tetapi juga di dalam pangsapuri, bilik mandi serta tangga bangunan, sehingga ada yang percaya wujud sarang ular di bawah tanah kawasan tersebut.

⁠“Anak saya bangun tengah malam untuk minum air dan ternampak seekor ular dalam sangkar anjing. Bila saya ke dapur, ada seekor lagi. Kini seolah-olah sudah menjadi rutin, tiada hari tanpa ular,” kata seorang penduduk kepada media.

Walaupun pihak berkuasa tempatan sudah menghantar penangkap ular ke lokasi berkenaan, penduduk mendakwa usaha itu tidak menyelesaikan masalah kerana tiada tindakan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kemunculan reptilia tersebut.

⁠“Ular-ular ini keluar dari tanah tanpa henti. Kami bimbang jika ada sesuatu yang menyebabkan mereka berpindah ke kawasan perumahan. Pihak majlis hanya datang sekejap, tangkap beberapa ekor dan pergi begitu saja,” kata seorang lagi penduduk yang gusar akan keselamatan anak kecil mereka.

Situasi semakin membimbangkan apabila beberapa keluarga turut melaporkan penemuan kala jengking di sekitar rumah, menambah keresahan terhadap keselamatan penduduk.

Susulan itu, orang ramai mendesak agar siasatan serta operasi pemusnahan sarang dilakukan segera bagi mengembalikan ketenteraman penduduk yang kini hidup dalam ketakutan setiap kali malam menjelang.

Sumber : Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda