Sangey Savitsky dan Oleg Beloguzov, dua saintis yang menghabiskan masa bertahun-tahun di Antartika untuk menjalankan kajian. Keduanya mempunyai minat yang sama terhadap buku dan kerana buku, Savitsky telah menghunus pisau kepada Beloguzov setelah dia tidak tahan dengan perangai rakannya yang suka bercerita tentang pengakhiran buku yang belum dibacanya.
Akibat tikaman itu, Beloguzov mengalami kecederaan parah di dada dan hati dan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital. Savistky pulang ke rumahnya di St Petersburg sejurus kejadian itu sebelum ditahan oleh pihak berkuasa. Dia juga dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cubaan membunuh.
Advertisement
Kredit: Mirror