
Foto: JAKIM
Advertisement
Tak semua sedekah perlukan duit. Kadang-kadang, hanya dengan sebuah senyuman pun sudah cukup untuk menjadi pahala.
Rasulullah SAW sendiri mengajar kita supaya banyakkan senyuman dan sentiasa tersenyum, kerana ia bukan sahaja melembutkan hati tetapi juga menolak sifat sombong. Selain itu, senyum juga boleh menjadi penawar untuk orang yang sedang bersedih dan mampu mengeratkan hubungan sesama manusia.
Bayangkan… kita tersenyum pada orang yang sedang muram, mungkin itu sahaja sudah memadai untuk membuatkan dia rasa lebih kuat untuk tetap meneruskan hari. Senyuman kecil kita, mungkin menjadi penguat semangat buat orang lain.

Foto Hiasan
Jadi, jangan kedekut senyum. Ia percuma, mudah dan besar ganjarannya. Senyumlah pada keluarga, sahabat, bahkan orang asing kerana senyum itu tanda kasih sayang dan ukhwah.
Sumber: JAKIM