Tahukah anda bahawa telepuk merupakan seni hiasan kain melalui proses menekap corak menggunakan perada emas dan perak lambang kebangsawanan keluarga diraja.

Seni telepuk yang menjadi satu bentuk seni menghias tekstil tradisional Melayu dijangka bakal kembali menyerlah.
Advertisement
Dikhabarkan menjadi satu seni produk warisan negara yang unik dan eksklusif, dalam masa yang sama menjulang kehalusan seni kraf Malaysia, ia diyakini oleh Tokoh Kraf Negara, Norhaiza Noordin.

Baginya , ia adalah satu teknik menghias tekstil tradisional Melayu yang sudah tidak diusahakan sejak 50 tahun lalu.
Dan seni warisan ini bakal kembali mendapat perhatian penggiat seni kraf susulan usaha giat yang dilakukan beliau bersama badan dan agensi berkaitan.
Menurut buku Kesenian Telepuk Warisan Melayu, seni tekstil berstatus tinggi dan tertua dari masyarakat Yunani dan Mesir purba itu sinonim dengan istana sejak zaman kerajaan Melaka pada abad ke-14.
Norhaiza Nordin bersama Kraftangan Malaysia dan beberapa yayasan seni kraf mahu seni menghias tekstil itu menjadi antara komoditi seni yang menguntungkan negara.
Beliau yakin terhadap usahanya menghidupkan kembali seni telepuk dapat menarik minat generasi muda.