Skip to main content

Advertisement

Berita

Matahari Berada Tegak Di Atas Kabaah Pada Hari Ini, Semak Kiblat Rumah Dan Premis Anda

Bagi sesiapa yang mahu menyemak arah kiblat rumah atau premis boleh lah berbuat demikian kerana matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah pada hari ini.

Kejadian yang dikenali sebagai peristiwa Istiwa A’zam itu akan berlaku pada hari ini pada jam 5.16 petang. Perkara ini telah dikhabarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datul Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Advertisement

  “Semakan perlu dibuat mengikut waktunya (tepat), oleh itu sila rujuk waktu di mst.sirim.my,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Twitter.

Berdasarkan laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, anda boleh menyemak arah kiblat dengan melakukan di mana-mana kawasan lapang dan rata yang tidak dilindungi oleh cahaya matahari. Letakkan objek yang tegak dan lurus pada kawasan tersebut.

Bayang-bayang objek berkenaan akan menunjukkan arah kaabah dan itulah arah kiblat anda. 

Fenomena Istiwa A’zam merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di mana-mana lokasi di muka bumi.

 Ia berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) manakala 27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang) pada setiap tahun lompat.

Untuk tahun ini, peristiwa ini sangat istimewa kerana berlaku dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan

 Sumber: BERNAMA

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda