Skip to main content

Advertisement

Berita

Selalu Mengantuk Waktu Siang? Jaga-Jaga Anda Mungkin Mengalami Hipersomnia

KENAPA SELALU MENGANTUK?

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://www.keywordsuggests.com/

Advertisement

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan anda selalu mengantuk, antaranya ialah:

1. JETLAG

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://www.telegraph.co.uk/

Jetlag adalah istilah yang digunakan bagi sesiapa yang baru sahaja pulang dari merantau atau melancong. Jetlag ini akan makin terasa jika anda ‘travel’ ke negara yang berbeza zon waktu dengan negara kita. Perbezaan waktu ini secara langsung akan memberikan kesan kepada jadual tidur kerana anda mungkin tidak terbiasa untuk tidur mengikut waktu di negara tersebut.

2. BEKERJA SHIFT

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://sleepsolutionsus.com/

Salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk adalah kerana anda bekerja secara ‘shift’ atau ‘rotation’. Bila bekerja secara ‘shift’, jadual waktu tidur anda agak berlainan dari satu masa ke masa yang lain. Kadang-kadang tidur pukul 1 pagi, kadang-kadang kalau waktu kerja bertukar, anda tidur pukul 8 malam. Jadi, perbezaan jadual ini akan menyebabkan tidur anda tidak teratur dan menyebabkan mengantuk.

3. ‘SKIP’ WAKTU TIDUR

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

www.entrepreneur.com

Mungkin ramai orang yang melakukan perkara ini iaitu dengan melangkau waktu tidur. Biasalah, nak tengok bola, nak tengok ‘movie’ dan ada juga yang berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Ini yang menyebabkan anda selalu mengantuk. Bila mengantuk, anda mesti akan tidur pada waktu siang kan? Rutin sebegini akan menganggu waktu tidur pada malam hari kerana anda akan merasa tidak mengantuk.

JAGA-JAGA GEJALA HIPERSOMNIA

Kadang-kadang, terfikir juga malam dah tidur cukup dah, tapi siang masih mengantuk lagi. Apa yang tak kena? Jaga-jaga, anda mungkin mempunyai simptom hipersomnia. Apa itu hipersomnia?

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://www.bbc.com/

Hipersomnia merupakan satu gejala dimana anda akan mengalami mengantuk yang berlebihan. Mengantuk yang berlebihan atau ‘excessive sleepiness’ ini adalah disebabkan anda mempunyai tidur yang berlebihan pada waktu malam atau dalam keadaan lain, mempunyai waktu tidur yang berlebihan pada siang hari. Berdasarkan World Sleep Foundation, ada tiga jenis hipersomnia iaitu :

  • Hipersomnia berulang : merasa mengantuk secara berulang dan kadang-kadang memerlukan hampir 16-20 jam sehari waktu tidur. Bila bangun tidur selama jam tersebut, masih tidak hilang rasa mengantuk.
  • Idiopatik : Situasi yang sama seperti hipersomnia berulang, cuma keadaan memerlukan tidur dan selalu mengantuk berlaku setiap hari.
  • Post trauma : Ini berlaku kepada sesiapa yang pernah melalui tragedi seperti kemalangan atau kecederaan kepala. Mereka mungkin memerlukan tidur yang lebih lama tetapi jangan risau, post trauma selalunya akan hilang selepas beberapa minggu.

CARA MENGATASI HIPERSOMNIA

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://www.dormirbien.info/

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah ini.

1. Kurangkan pengambilan air berkafein , merokok dan makanan pedas yang boleh mengganggu jadual tidur anda.

2. Atur jadual waktu tidur dan pastikan anda bangun dan tidur pada waktu yang sama pada setiap hari. Nanti, mudah untuk anda bangun tanpa perlu dikejutkan.

3. Mandi dengan air suam juga boleh dijadikan rutin kerana dapat membantu badan lebih relaks dan tenang.

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

http://www.stylecraze.com/

4. Pastikan suasana di bilik lebih teratur dan nyaman. Hal ini kerana, suasana bilik yang tidak teratur dan tidak bersih juga boleh menyebabkan tidur anda terganggu.

5. Jika gejala hipersomnia ini makin berlarutan, pastikan anda bertemu dengan doktor supaya dapat konsultasi yang terbaik.

selalu mengantuk waktu siang? jaga-jaga anda mungkin mengalami hipersomnia

giphy.com

Jadi, peringatan untuk anda semua, tidur itu sangatlah penting untuk memastikan kesihatan badan terjamin. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan teratur, elakkan tidur yang berlebihan dan cukupkan tidur anda yang masih tidak cukup itu. Semoga artikel ini dapat membantu ya!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda