Pemain Ragbi Terkenal Persoal Instagram Mengapa Gambarnya Sedang Berdoa Dipadam

Pemain ragbi terkenal dunia, Sonny Bill Williams telah mempersoalkan tindakan Instagram apabila media sosial tersebut bertindak memadam gambarnya sedang berdoa.
Advertisement
Beliau tertanya-tanya mengapa pihak Instagram membuang gambar tersebut walhal beliau dan rakannya sedang mengamalkan kepercayaan mereka.
Gambar tersebut telah diambil sebelum perlawanan pembukaan ragbi piala dunia di antara New Zealand dan Afrika Selatan. Ramai menyokong tindakan pemain tersebut dan kagum dengan keberaniannya untuk bersuara.
Ragbi Piala Dunia tahun ini telah berlangsung di Jepun dan bakal berakhir pada 2 November ini.
Sumber: Instagram Sonny Bill Williams