Skip to main content

Advertisement

Berita

Sanggup Jual Motor Demi Harimau Malaya !

Kredit stadiumastro

Bagai menjadi satu kegilaaan buat penyokong bola sepak negara apabila mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memberi sokongan penuh buat Harimau Malaya bagi menjelang saingan akhir Piala AFF bagi edisi 2018 ini. 

Advertisement

Satu elemen yang luar biasa apabila 40,000 tiket online habis terjual, malah penjualan tiket yang bermula seawal jam 9 malam sabtu mula dibanjiri dengan 5000 penyokong yang mula beratur di kaunter tiket hingga ada yang sanggup bermalam satu hari awal di hadapan stadium Nasional Bukit Jalil ! 

Lebih mengejutkan, ada juga penyokong Harimau Malaya yang sanggup menjual motosikal demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan sepanjang perjalanan ke final kedua di Stadium My Dinh di Hanoi Vietnam 15 Disember ini. 

“ saya tak kisah jika terpaksa bergadai “ sanggup jual motor demi harimau malaya !

Kata penyokong itu,  segalanya masuk akal demi menyaksikan kemenangan yang berkemungkinan dibawa oleh pasukan Harimau Malaya.. Dia tidak kisah jika terpaksa berkorban malah bergadai demi pasukan bola sepak Negara.. 

“ Jika duit masih belum cukup, mungkin, saya akan jual motosikal demi misi ke Hanoi “ 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda