Skip to main content

Advertisement

Berita

Salam Takziah Di Ucapkan Kepada Keluarga Adam Rayqal Mohd Sufi

al-fatihah di ucapkan kepada keluarga adam rayqal mohd sufi

Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Advertisement

Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi,

Adam Rayqal ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan. "Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya. "Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," kata Ali.

Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Pihak Zayan mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Adam Rayqal Mohd Sufi.

Sumber : Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda