
SENSASI terbaru Liverpool Mohamad Salah, 25, disanjung peminat kerana kehebatannya di atas padang dan kerana kerana kehebatannya itu ada yang sanggup menukar agama jika dia terus menampilkan aksi cemerlang.
IF HE SCORES ANOTHER FEW THEN ILL BE MUSLIM TOO pic.twitter.com/qYzdY06wGU
— Sean Griffiths (@seangriff123) February 14, 2018
Advertisement
Video sorakan penonton untuk Salah ini viral selepas pemain itu menunjukkan aksi konsisten dalam hampir setiap perlawanan.
Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool.
Dia menjadi pemain Liverpool untuk menjaringkan 20 goal Liga Perdana Inggeris dalam 25 perlawanan, dua perlawanan lebih cepat berbanding Fernando Torres dan Daniel Sturridge.