Skip to main content

Advertisement

Berita

Saintis Jepun Memeluk Islam Selepas Terbaca Sepotong Ayat Ini

kerana satu ayat ini, profesor dari jepun ini memilih untuk memeluk agama islam

Seorang Profesor Sistem Politik Universiti Keio, Jepun telah memilih untuk memeluk agama Islam selepas beliau bertemu dengan satu ayat Al-Quran.

Advertisement

Sebelum ini, beliau sering berperang dengan diri sendiri untuk tidak percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud dan semua yang berlaku ini hanyalah perkara sains semata-mata.

Namun, semua itu terus berubah tatkala beliau terjuma satu ayat yang menceritakan bagaimana Tuhan mencipta manusia.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya," (Surah Al-Hjir 15:26).

Tatkala terjumpa ayat ini, beliau terus yakin bahawa akan kewujudan Tuhan dan akhirnya memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Beliau juga bercerita bagaimana kehidupannya sebelum bertemu Islam.

"Sebelum Islam, kehidupan saya sangat teruk. Betul-betuk teruk. Jahil. Saya tidak tahu tentang kebenaran!," kata Dr. Okuda.

Selepas memeluk Islam, Dr. Okuda memilih untuk berhijrah ke Syria untuk mempelajari Bahasa Arab dan mendalami agama Islam.

Sumber: Muslim Council

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda