Skip to main content

Advertisement

Berita

Dua Orang Kanak-kanak Hidup Dalam Timbunan Sampah Diselamatkan

dua orang kanak-kanak hidup dalam timbunan sampah diselamatkan

Nasib menyebelahi dua orang kanak-kanak yang mendiam di sebuah rumah yang penuh dengan timbunan sampah apabila sekumpulan sukarelawan menyelamatkan mereka.

Advertisement

Sukeralawan Kelab Belia Haiqing dari Bandar Pingtung, Taiwan telah datang mengunjungi rumah kanak-kanak tersebut dan membersihkan rumah itu.

Menyayat hati apabila melihat dua keping gambar yang diambil oleh salah seorang sukarelawan memaparkan keadaan anak kecil itu duduk di atas sofa yang dikelilingi dengan timbunan sampah sarap seperti botol, plastic, bekas minuman dan kotak makanan.

Sekeping gambar lagi memaparkan seorang bayi sedang tidur di dalam bilik, namun, apa yang menyedihkan adalah terdapat selonggok sampah sarap yang sama tinggi dengannya.

NGO yang membantu mereka turut menemui pelbagai sampah dan juga haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Mereka mengambil masa sehari suntuk untuk membersihkan rumah itu termasuklah mencuci pakaian yang kotor.

Selepas selesai pembersihan, dua buah lori diperlukan untuk mengangkut semua sampah dan barangan yang tidak diperlukan untuk dibuang.

Kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang tidak bekerja. Pihak kerajaan telah mengambil perhatian akan masalah ini dan menempatkan seorang pekerja sosial sepenuh msa untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda