
Kepada yang ingin membuat rumah menggunakan Kontena boleh lah rujuk Joshua Tree Residence ini kerana rekaan rumah kontenanya begitu cantik dan sekali. Rekaan rumah kontena ini adalah karya James Whitaker.
Advertisement
Menurut James, Rumah ini menggunakan beberapa buah kontena untuk dihasilkan. Rekaan tersebut mempunyai ruang tamu, dapur dan 3 bilik tidur. Penyusunan kontena di tengah padang pasir ini juga membuatkan ianya kelihatan unik.
Joshua Tree Residence ini juga akan menggunakan kuasa solar dimana panel solar akan dipasang di bahagian atas rumah ini. Sekali tengok rekaannya juga menyerupai seperti bunga. Ada yang teringin nak buat rumah dari kontena boleh lihat design daripada Joshua Tree Residence sebagai rujukan.



Sumber - The Vocket